AL-FATIHAH

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Surah al-Anbiyaa’: ayat 35)

Surat Al Fatihah

Semalam genap sebulan arwah pergi
Al-fatihah untuk arwah Alif Haiqal
perginya pada hari Jumaat, 05/07/14 bersamaan 8 ramadhan 1435

image

Mati itu pasti… cepat atau lambat je.. kita sendiri pun tak tahu..
Dari semalam teringat2 kata2 dari wechat arwah

10485662_267653650107608_600137528925417402_n

Dan bagi umat ada tempoh ajalnya (yang telah ditetapkan), maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka melambatkan walaupun sesaat, dan tidak dapat pula mereka mempercepatkannya
SURAH AL-ARAF ayat 34

Sedikit Kisah Buat Renungan
MALAIKAT MAUT DENGAN PEMUDA BERIMAN

Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya.

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”

Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.