Posted in Info

7 SIFAT MULIA DALAM RUMAHTANGGA

JUJUR
Sama ada kita suami @ isteri, jujur terhadap pasangan sangat penting. Elakkan diri daripada berprasangka buruk terhadap pasangan. Buang jauh² sifat negatif itu dari diri. Apabila hati sudah bersih, kita pasti akan lebih sayang dan cinta padanya.

BERTANGGUNGJAWAB
Kedua² belah pihak mesti tahu tanggungjawab masing² setelah diijabkabulkan. Sekiranya suami dan isteri menjalankan tugas yang diamanahkan sebaiknya, pasti tidak akan berlaku pertelingkahan. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memastikan seluruh ahli keluarga dijaga dan dibimbing sebaiknya mengikut jalan yang diredhai Allah. Bagi isteri & anak² pula, mereka bertanggungjawab mengikuti segala tunjuk ajar dan perintah suami selagi tidak bertentangan dengan kehendak agama.

BERWAWASAN
Semua pasangan suami isteri haruslah berbincang untuk menetapkan matlamat @ arah tuju keluarga. Matlamatnya haruslah sama agar perjalanan hidup lebih terarah. Bagi orang Islam sewajarnya mereka memegang 1 wawasan iaitu mahukan hidup yang kekal & bahagia di syurga. Oleh itu, barulah kita akan memilih jalan yang lurus & yang diredhai di dunia ini agar dapat mencapai wawasan ke syurga untuk bertemu Allah S.W.T.

DISIPLIN
Untuk memastikan matlamat tercapai, suami isteri malah seisi keluarga haruslah berdisiplin. Melakukan setiap yang disuruh agama & meninggalkan apa yang dilarang. Ketahuilah bahwa disiplin teras kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat.

BEKERJASAMA
Apa yang penting? Kerjasama. Sesuatu pekerjaan jika dilakukan bersama², mesti akan jadi lebih mudah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

ADIL
Tidak kira suami @ pun isteri, kita mestilah sentiasa bersikap adil kepada semua org agar rumahtangga aman & damai sepanjang masa. Walau bagaimanapun, kita perlulahmemahami konsep adil itu sendiri sebelum melaksanakannya.

PRIHATIN
Rajin²lah mengambil tahu apa yang berlaku di dalam keluarga kita. Selalu bertanya apa yang telah dilakukan mereka setiap hari. Jika ada yang tidak kena, perbetulkan segera. Hal ini penting bagi mengelakkan ahli keluarga kita tersasar jauh dari jalan yang sepatutnta kita lalui.

Till next episode…