Ala2 Korean Fried Chicken

Ayam Goreng Korea / Korean Fried Chicken

Bahan-bahan :-
Ayam (tak kisah mana2 bahagian)
1sk garam
1sk lada hitam
1cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
1sudu teh soda bikarbonat
1biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan :-

  1. Basuh & toskan sedikit kering
  2. Gaul ayam bersama garam & lada hitam. Ketepikan.
  3. Satukan tepung gandum, tepung beras & soda bikarbonat. Ketepikan.
  4. Telur dipukul. Ketepikan.
  5. Salut ayam satu persatu ke dalam campuran telur & tepung sehingga habis
  6. Salut ayam sekali lagi kecdalam campuran tepung hingga bersalut rata.
  7. Goreng sehingga kekuningan. Tos dan ketepikan.

Bahan SOS :-
3 ulas bawang putih
2sb cili kisar
2sb madu
2sb sos cili
2sb sos tomato
2sk gula
sedikit garam
Bijan (sangai) optional

Cara Penyediaan :-

  1. Tumbuk bawang putih, goreng bersama cili hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, tomato, madu, garam & gula. Gaul rata.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng ke dalam sos, kemudian gaul rata.
  4. Masukkan ke dalam pinggan dan tabur dengan bijan.