Resepi

Apam Polkadot

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1) masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
2) masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3) picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
4) letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Jot’s :: Sedap tau..cuba jangan tak cuba…

 

2 comments
Social Network Widget by Acurax Small Business Website Designers
Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On PinterestVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube