3rd DaSy

Bila baby nak keluar???

Dah 38 minggu tapi tanda2 baby nak kuar belum ada lagi :(
entah bila ah baby ni nak kuar…

14/03 sampai 17/03 kena buat CTG
on 2nd day cam ada mild contraction then on 3rd day contraction tu terus xde cam pelik
lepas tu on 17/03 4th day menjalani CTG resultnya memberangsangkan
so dah xyah buat CTG lagi lagi…
Alhamdulillah dah tak yah nak berulang alik ke hospital lagi…
next appointment on 25/03 plak…

Tapi pada 24/03 ada kejadian yg menakutkan apabila
tiba-tiba keluar air cam warna susu cair dari kelengkang..
citernya pas mandi and masa nak pakai pants air meleleh jek keluar
ingat terkencing, me terus gi toilet basuh
pastu dah siap pantiliner baring jap sebab cam sakit kat pinggang
adalah dalam 5 minit baring then bangun sbb nak switch on a/cond
sekali tgk tengok dah basah atas katil, sebenonya masa baring tu memang terasa ada benda keluar tapi ingatkan keputihan biasa tak sangka ah boleh lencun camtu
Mr.hBY dah gelabah ajak gi klinik terus then me gitau tak payah ah sebab esokkan ada appointment ngan gynae, dia sambil gelabah terus lap atas katil hehehe
pastu gi toilet bersihkan diri semua, dah siap2 then air tu dah takde keluar
perasaan lega sedikit..
on 25/03 awal2 pagi lepas anta Daneen terus ke Puteri untuk jumpa Dr. Laila
seawal 9.30am kami dah sampai dapat no.5 hehehe
bila sampai giliran kami hati mula berdebar2 sebab doctor nak check VE
bila kami beritahu kejadian malam tadi gynae, dia ambil sampel untuk dihantar ke makmal takut jangkitan pada baby
check VE baby masih jauh ke atas lagi huhuhu baby ni napa lambat sangat nak engaged kalau ikut Daneen dah keluar dah time ni huwaaa…
bila dah check semua next appointment on 01/04/2011.

Sejak dari semalam semua kawan2 bertanya saya belum bersalin lagi ke?
Jawapannya adalah “YES” huhuhu baby ni pemalu ah, ke dia nak kuar ikut tarikh yg ayah ingini iaitu 040411
kalau betul tarikh tu baby keluar rasanya Mr.hBy kna buat pulut kuning hehehe
semalam juga adalah berita gembira untuk kami kerana keputusan ujian yg gynae ambil tu keluar
lebih kurang pukul 2.30pm asst. doc tipon gitau, keputusan makmal adalah negatif tiada sebarang virus ke ape2 jangkitan yg memudaratkan, alhamdulillah bersyukur kami padamu Ya Allah! peliharalah anak yg ku kandung ini sehingga dia keluar nanti…

Daneen plak makin geram baby x kuar2, bila dia geram di tekan sekuat2 perut Mummy sambil kata
“Baby ni lambat sangat keluar” kalau ayah dia xde memang makan penampo sulung itu budak
dia ingat x sakit agaknya perut Mummy ni…

Jot’s :: Dalam hati Mummy berharap by next week baby dah kuar :)

2 comments

orang kata jalan banyak2..
eh baby pemalu kot..takpun nak duduk lama2 kat perut mama dia..mintak2 tak inducela…orang kata sakit. apapun2 selamat menempuh dan selamat segala2 nya amin

Customized Social Media Icons from Acurax Digital Marketing Agency
Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On PinterestVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube