• Pastry,  Resepi

    Churros

    Bahan-bahan ( 2-3 org )
    • 1 cawan air
    • 1 sudu makan gula
    • 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
    • 1 biji telur – size L
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 1 sudu makan butter

    Cara-cara:
    1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
    2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)
    3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.
    4. Masukkan  nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)
    5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

    6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
    7. Taburkan gula atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!

    Tapi tadi tak sempat buat coklat dip, gula Nutella je… hahaha boleh jelah Syakeela…
    Kang takde bekal awak bising…
    Churros Mummy versi kurus & gemok, cerah & gelap… hahaha

Animated Social Media Icons by Acurax Responsive Web Designing Company
Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On PinterestVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube