Archive | Resepi RSS feed for this section

Apam Polkadot

17 Jun

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1) masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
2) masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
3) picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
4) letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
5) last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Jot’s :: Sedap tau..cuba jangan tak cuba…

 

Sup Tulang Merah

7 Jul

Selalu makan beli jek sup tulang merah @ bone steak ni
tapi bile di cuba membuat sendiri menjadi ah plak
mula2 agak was-was gak boleh buat ke tak
tapi bile dah di cuba Alhamdulillah menjadi
Danish hantu sup tulang merah ni, dia ingat me wat guna tulang kambing
tapi tak mummy dia guna daging lembu miahaha
dia cbuk membebel napa xleh sedut isi
yarkksss Mummy pun x pnah makan isi kambing camtu.
Lain kali try wat guna kambing & add pewarna merah plak

Bahan-bahan
  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
Jot’s :: Germany vs Spain… siapa akan jumpa Netherlands di FINAL…

footer

Orange + Laici

7 Jul

Dah lama tengok kat blog Hana baru berkesempatan nak try mmg best.

Bahan-bahan
  • 100ml air soda
  • 100ml syrup laici
  • 200ml fresh orange – me guna sunquick
  • gula – jika perlu
  • hirisan oren@laici
  • daun pudina – xde
  • ais kiub

Cara-cara

  • Isi kiub ais dalam gelas.
  • Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
  • Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.*cuma letak laici jek*


Jot’s :: Musim panas ni mmg best pekena…

footer

Cream Caramel

19 May

Akhirnye tercapai gak hasrat nak wat Cream Caramel ni
sebenarnye dah lama nak wat tp takut tak menjadi
tapi cekalkan semangat & buang “M” dalam diri jauh² cewahhh
senang ghupenye tak smpi 1/2jam dah siap bahan²nye
semuanye gara terpesona ngan Jade wat entry pasal Smooth Cream Caramel nilah

ni lepas kuar microwave, terpeleot ckit
camne ntah leh terpelot Mr.hBy yang kuarkan dari loyang
klu me yang kuar mmg confirm xterpelot
tapi terus xde ghupe hancurnye.

seperti biasa Daneen yang paling byk makan
“SEDAP” kata dia, dia ni ape yg Mummy masak smua sdap w/pon pada tekak Mummy xsedap
bagus dik, pndi amik ati tak sia² Mummy anta gi sekolah Smile
Danish lak, dalam “Tak Sedap” tapi kat gambo tu ada sudu besi tu dia yang wat cacat gambo dok cedok, randau dalam tu xssempat sejukkan.
Ape2 pun mmg smooth Jade spt yg diperkatakan ahaks
tapi lain kali kna adjust temp. maybe lain oven lain temp. nyer kot…
anyway resepi ni C&P dari mummy_Jade

Bahan²

Caramel Base

1 cawan castor sugar
Sedikit air

Cara²

Masukkan castor sugar di dalam loyang.. Letak loyang di atas dapur gas dan masak gula castor dalam loyang tu sampai warna berubah sedikit coklat atau dah berbuih sedikit.. Then masukkan air sedikit untuk mencairkan gula sikit gula tu.. Kacau rata dan letakkan ke tepi untuk sejuk sebentar

Note : gula yg tengah berbuih tu kalau kena air akan ada meletup-letup sikit.. careful eh.. pakai senduk untuk kacau air gula tuh.. jgn pakai sudu.. nanti terpercik ke tangan.. mak aih..sakit gile.. hahah


Bahan Utama Cream Caramel

4 biji telur
2 biji telur kuning
500 ml susu segar
1 cawan gula castor
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit butter ( untuk di sapu pada tepi loyang)

Cara²

  1. Panaskan susu di dalam periuk.. Masukkan gula castor dan kacau di atas api.. tak payah sampai mendidih.. cukup sekadar panas sedikit dan gula castor hancur
  2. Pukul telur sehingga rata (gunakan garfu..bukan pemukul telur) dan masukkan esen vanila.
  3. Masukkan susu yang dah di panaskan ke adalam adunan telur dan esen vanilla dan kacau rata. Tapis adunan tersebut
  4. Panaskan oven (150 degree)
  5. Tuangkan adunan yang dah di tapis ke dalam loyang caramel base tadi
  6. Masukkan adunan ke dalam oven.. Kena bakar cream caramel ni dengan cara steam bake.. dan bakar selama 1 jam..

Enak banget klu makan time sejuk² perghhhh marvellous….


footer

LASAGNA

12 Mar

LASAGNA anyone.
Lately in our home, DaSy prefer western food.
Mentang2 ngentam western, terus ko speaking ek dasar…

Actually Mr.hBy dah request lama dah, tapi sebab bz memanjang tu yang x sempat nak wat.
huhuhu bz ah sangat, malas cakap jek ah Mummy DaSy….

Resepi untuk diri sendiri

Lasagna Sheet
yang ni me beli yang instant xyah nak rebus2 lagi terus lapis jek, dasar pemalas tul.

Red Sauce
3/4 cawan daging cincang
1 biji bawang putih (dicincang)
1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
2 biji tomato ( potong dadu)
1/2 biji carrot ( potong dadu)
6 ketul cendawan ( potong dadu)
3 sudu besar tomato ketchup
2 sudu besar olive oil

White sauce
1 cawan susu segar
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar cheese powder
2 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah

Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan kepingan lasagna tutup permukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white sauce pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white auce, tabur atas white sauce tu dengan cheese. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang.

Makan panas-panas sangat menyelerakan.
NOM…NOM…NOM…NOM…

footer

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.