Derma Darah

Kepada siapa yg ada darah jenis O, sila hulurkan bantuan untuk Din Beramboi yg sedang dalam keadaan kritikal sekarang ini di Hospital Selayang kerana jangkitan kuman. Bantuan anda dalam masa 24 jam ini sangat2 diperlukan.. TQ


C&P dari Linda Onn status. sesiapa yang dekat tu, gi lah derma.

Ni plak dari Utusan Online

KUALA LUMPUR 30 Mac — Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, kini dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.

Din Beramboi, 43, dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang semalam, demikian menurut jurucakap hospital itu ketika dihubungi hari ini.

“Doktor mengesahkan keadaannya kini sangat kritikal dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi,” menurut jurucakap itu.

Punca beliau dijangkiti penyakit itu masih dalam siasatan, kata jurucakap itu lagi.

Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis, pelakon dan pernah menjadi juri dalam rancangan program realiti Raja Lawak baru-baru ini.

— BERNAMA

Semoga beliau sembuh seperti biasa. AMIN….


footer

Categoriesam

5 Replies to “Derma Darah”

  1. Restylane乃一系列用於美顏的長效透明質酸產品。 Restylane療程能有效撫平皺紋、美化臉型輪廓及唇部,並可改善膚質及肌膚的彈性。Restylane透明質酸作用原理 Restylane透明質酸均以非動物來源的透明質酸作為原料,獨有的NASHA™專利技術研製而成。微量Restylane透明質酸凝膠到皮膚中,可以讓您的面部肌膚恢復豐盈飽滿。 Restylane透明質酸中的透明質酸與人體內的天然透明質酸十分相似,使用前無需進行皮膚測試,引起過敏反應的機率亦極低。

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *