Diet ke?

Ini bukan menu diet ye kawan².
Ini menu mengikut selera tekak Mummy DaSy.
Lettuce with thousand island + bean in tomato sauce + ayam teriyaki
memang melazatkan, Danish bertambah² makan tapi ayam sahaja sayur² ngan beans tu tolak tepi.
Ayam Teriyaki tu me tengok di Hana’s blog. Memang delicious sehingga menjilat jari.
Resepi C&P from Hana’s blog.

Bahan-bahan
2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
3 inci halia – parut
3 ulas bawang putih – parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang
1 sk garam

Cara-cara
Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.


footer

3 comments
  1. yummy!!!!minta ckit.

  2. emm..cedapnya..yum yum!!!

  3. terriyaki ni alah alah ayam tuk nasi ayam ku..wakakaka..cuma beza dia letak gula perang me gula perang tukar sos tiram..halia plak dah direbus dulu dengan ayam..huhu

    skrg ni dah malas nak wat cam tu..ada sos perap teriyaki segera..beli jer..hahaha..

Comments are closed.