Posted in am, Daneen, Resepi

Kisah hari Ahad

Ari ahad semalam tengahhari gi jemputan
pastu gi beli beskal Daneen
coz setiap kali budak naik beskal
dia cakap ayah nanti belikan adik he
tiap² ari soalan yang sama naik kesian lak
tu yang beli…. sampai kedai warne pink yang dipilih
dia pilih sendiri hoccay
cerewet giler…..
Danish lak masa mule² cakap
“Xpe ah orang punye beskal spray jek”
coz dia dah selalu dapat yang baru adik sentiasa dapat yg 2ndhand
tapi bile dah sampai kedai dia nak gak
hahaha pastu dengki siap cakap basikal Daneen x lawo
jealous ah tu kat umah pun dia yang over main
layan jek ah pic’s Daneen ngah terhegeh² ngayuh basikal
pastu siap wat announcement lagi
“Orang² kampung tengok tenok adik ada basikal bital baru bayu”




pastu petang diorg mandi kolam
w/pon masing² selsema k
malam kitorang makan lauk
botok², kambing beryani & jering
kambing tu berpeluh gak Mummy nak memasaknye
coz baru 1st time mencuba
botok² tu Maklong kasi & jering beli kat pasar



BERYANI KAMBING SPECIAL

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah biryani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 labu bawang besar } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau
1 sudu besar badam
1 sudu besar gajus

Cara membuat:
Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .
Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng dan daging.
Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air.
Kacau rata. Masak hingga daging 3/4 masak.
Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar

Till next episode…

7 thoughts on “Kisah hari Ahad

  1. Haslinda –> tu 1st time masak kambing mule² seram coz tkut hamis tp alhamdulillah tak pun

  2. pandai dah pilih sendiri bicycle yer daneen…….dia dah pandai kayuh yerk…..mummy.

    adoi ler…beryani kambing..
    nasib ler tak gemar sgt makan kambing nie…he he he
    tp sure sedap kan……..

  3. >>mak ooi hebatnyer mummyni.. beriani kambing.. teman beriani ayampun tak lepaih lagi.. idakler nak ngajak teman merasanyer..
    >>cantik basikal!!! Atikahpun pakai roda kecik lagi..

  4. YatieJay –> salam… ak ah ni pengaruh movie dia duk ngan nenek pak sedara xkeje dok melayan dvd jek

Comments are closed.