facebook

Me time…

 

“Orang lelaki sangat bertuah kerana mempunyai banyak masa untuk diri sendiri dan masa untuk bersendirian.
Satu keistimewaan yang tidak dimiliki para ibu. Mempunyai MASA UNTUK DIRI SENDIRI dan mempunyai MASA BERSENDIRIAN adalah apa yang bukan sahaja DIRINDUI oleh ibu-ibu, bahkan sangat DIPERLUKAN oleh ibu. Kerana belitan tanggungjawab dan attachment anak-anak terhadap ibunya, maka para ibu cuma memenjamkan mata dan kadang-kadang menafikan keperluan mereka untuk bersendiri seketika, untuk merawat lelah emosi kerana berpanjangan cuba menahan sabar dan penat dengan karenah si anak kecil yang tidak memahami apa itu makna ‘timbang-rasa’.
Ianya menuntut kesabaran yang besar, sebenarnya. Kerana itu, hargailah ibu anda dan ibu kepada anak-anak anda.
Setiap pasangan – suami dan isteri harus bijak membahagikan masa bergilir-gilir menjaga anak agar si BAPA mempunyai masa untuk BONDING dan mengenali anak-anaknya sendiri, dan si IBU pula mempunyai peluang untuk MENGAMBIL MASA merehatkan emosinya buat seketika.” – copy paste edit dr fb..tp betulkn? :)

Tolak ansur penting, jangan bersikap SELFISH, pentingkan diri…
SABAR itu ada hadnya…

One comment
Social Network Widget by Acurax Small Business Website Designers
Visit Us On FacebookVisit Us On InstagramVisit Us On PinterestVisit Us On TwitterVisit Us On Youtube