Posted in Daneen, Danish, Me

Mengantuk…

*Pic ehsan En.Google
Tika dan saat ini rasa nak melepek cam menatang kat atas tu.
Mata pun dah naik lebam cam menatang tu.
ni semua gara² Mr.hBy keje malam, pastu Daneen leh wat citer imaginasi dia…

Kisah bermula
lepas amik anak² balik mengaji dalam kul 8pm, terus ajak diorang makan.
Masa ngah makan² tu me cakap “Lepas ni, masuk bilik tido”
sambil makan, sambil melayan Berita kat TV3.
Tiba² Daneen tunjuk kat tingkap yang mana me ngah membelakangkan
“Heeeeeee, Mummy ada hantu kat belakang Mummy”
me pandang Danish, Danish ngah dok berdepan so dia yang bertentang ngan tingkap.
Tapi dari mimik muke Daneen cam benda tu wujud.
Kata Danish “Xde ape² pun”
pastu mamat tu terus blah tengok tv, makan pun ckit jek.
Minah tu plak leh wat muka x bersalah terus makan & bile dah habis makan terus masuk dalam sambung tengok Upin&Ipin.
Mummynye yang konon² berani pun naik takut gak hokeh, meremang gak bulu roma.
Suh masuk bilik, Danish xnak, takut katanya
Daneen lak nak tunggu DVD habis.
Pastu dalam kul 9pm Mr.hBy balik, hahaha dengar jek bunyi motor Danish pun terus masuk bilik.
Pandai tul dia berlakon.
Bile dengar moto Mr.hBy gerak gi keje semula, dia pun terus keluar bilik
“Malam ni orang tido ngan Mummy he”
“Jangan nak ngengada, adik tido sorang² xde ape² pun”
pastu dia masuk bilik, setengah jam lepas tu me jengah kat bilik diorang
sekali ghupe²nye Danish bentang comforter dia kat lantai sebelah katil Daneen
alahai kesiannye anak aku ak ah.
Daneen yang mereka citer dah lena diulit mimpi.
Bukan takat Danish jek takut sebenonye
Mummy pun takut gak, kul 4am okey baru tido.
Mula2 tido sekatil ngan Daneen, tapi xtahan beb asik
“Kaki mu di muka ku” jek, merenyah tul anak dara ni tido.
Pindah lak katil Danish, adeh mata xleh tido gak sakit badan tilam keras.
Last² pindah bilik sdiri peluk bantal kuat².
Ni semua Daneen punye pacai

*
*
*
*
*



footer

6 thoughts on “Mengantuk…

  1. nasazfrog :: hihihi tulah abg dia tido sopan, tu yg time dia cam pelik hawat ah tido camtu…

  2. Ayu :: tulah pasal..tapi x tau dia nakut2kan ke betul2 dia nampak coz dari mimik muka cam real nmpk..

Comments are closed.