Mengidam KE??

2015-05-11-13-06-40_photo

 

Da dekat 2minggu makyong ngidam bende alah ni :)
Terima kasih ye Zuraidah Adam & Zuriana Adam bawak balik ke sini ekeke

Penggunaan komunikasi sepenuhnya hehehe
sape kata kawan perlu dok berlonggok, jumpa face to face baru dinamakan kawan..
tidak perlu pada saya ngabiskan masa kat luar tanpa anak2…
alaf baru, berhubung dengan kawan2 menerusi whatsapp @ wechat @ telegram, penggunaan media sosial dengan betul sentiasa jumpa kawan2..
sentiasa terasa dekat dengan kawan2 kan… itu pada saya..
quality time ngan family pun ade… tak ade yg akan terasa terabai…
kalau nak mesyuarat, webinar dah ade sekarang… mesyuarat bebeno ah 1 malaysia boleh join..
tak perlu kuar umah smpi tengahmalam, tiap2 ari jumpa org sana jumpa org sini kot..
tak pun mesyuarat sampai tengah malam… sekali 2 boleh diterima kalau dah ari2 pasti ade yg rasa terabai kan… betul tak???
hanya yang merasa tau perasaan tu, org yg tak merasa tau cakap jek…
Pm pun meeting sebulan sekali tak smpi tghmalam :P

aih ibu mengandung dah membebel, dah lain topiknya wakakaka…
Okey berbalik pada GARRETT ni…
tak tau ah kategori mengidam ke setakat penyedap tekak wakaka…
ape2 pun rasa popcorn ni sedap yang amat…
manis tahap kencing manis :)

 

Jpeg
Jpeg

Caramel Crisp with Nut

Mengidam KE????

Mengidam dan ibu hamil sangat sinonim. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat bahkan ada yang teringin makan aiskrim di tengah malam. Mujur sekarang boleh beli di kedai serbaneka yang dibuka 24 jam.

Jadi, sebenarnya mengidam itu mitos atau fakta ya? Jangan risau kerana mengidam ketika mengandung adalah perkara normal. Mengidam biasanya perasan keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

Biasanya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

Orang tua kita ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

Agaknya mengapa wanita mengandung sering mengidam? Sebenarnya rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron. Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Jadi, para suami tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

Hakikatnya mengidam itu hanyalah mitos dan bakal ibu boleh mengalihkan perasaan tersebut dengan perkara lain seperti menyibukkan diri dengan melakukan hobi memasak atau menonton televisyen dan sebagainya.

Source Pa&Ma

Jot’s ** Tengah tunggu satu lagi penyedap tekak :)

6 Replies to “Mengidam KE??”

  1. Sculptra 含有由含有源於植物果酸的 PLLA 聚左乳酸(poly-L-lactic acid),它能促進天然膠原蛋白大量增生,令容顏重現年輕,一個療程的效果能持續逾2年。Sculptra 乃全球唯一獲美國食物及藥物管理局(美國FDA)認可的PLLA聚左乳酸美容品牌。Sculptra 塑然雅會被人體自然分解吸收,同時促進天然膠原蛋白再生1。療程效果可以漸進地給你更富清新朝氣的容頻,效果自然,更不會影響面部表情。SCULPTRA 塑然雅 Sculptra 由含有源於植物果酸的PLLA聚左乳酸(poly-L-lactic acid),它可以被新陳代謝成二氧化碳及水,最終自體內排出。PLLA聚左乳酸早已被廣泛應用於醫療用品超過30年,自2009年起 Sculptra 及全球唯一獲美國FDA認可的PLLA聚左乳酸美容醫學品牌。Sculptra ® 塑然雅能促進天然膠原蛋白大量增生1,改善皺紋,令容顏重現年輕。全球唯一獲美國FDA認可PLLA聚左乳酸。臨床研究證實於3個月間,肌膚的膠原蛋白密度 顯著增加67%2。療程效果能持續愈2年3。主要成份PLLA聚左乳酸源於植物果酸,醫學界廣泛使用超過30年。

  2. CLINIQUE 倩碧線上購物官網。瀏覽Clinique倩碧官方網站,了解更多線上購物、護膚、彩粧、香氛及禮品詳情。通過過敏性測試,百分百不含香料。

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *