Perubahan Ibu Hamil

 

Orang kata wanita hamil mempunyai banyak perubahan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosional. Kadang kala diri menjadi begitu sensitif tanpa disedari. Perkara remeh temeh juga boleh menyebabkan emosi ibu hamil terganggu. Cuba lihat beberapa perubahan yang sering dialami oleh ibu hamil. Mungkin ada salah satu yang terjadi pada anda sekarang.

*Cepat moody

Orang mengandung memang cepat berasa moody. Ada yang keterlaluan berubah menjadi sangat moody. Ada yang mudah tersentuh hati hingga menangis jika terlihat atau mengalami hal remeh. Biasanya ia juga turut disedari oleh ibu hamil yang berasa hairan dengan perubahan diri sendiri.
**** hahaha ni kenyataan sebab sekarang ni makin menjadi2 maknnegnya berlawan ngan Mya

*Mudah lupa

Penyakit mudah lupa juga kerap kali menyerang ibu hamil. Mudah lupa meletakkan barang, terlupa sesuatu perkara bahkan kadang kala yang lebih kronik, terlupa sedang bercakap tentang perkara A, tetapi membalasnya dengan perkara B. Masalah mudah lupa ini diakui oleh kebanyakan ibu hamil yang lain.
**** yang ni bukan setakat tengah pregnant, masa sebelum pregnant pun memang pelupa terutama letak barang, sebab tu barang2 suka letak depan mata..

*Kuat makan

Jika trimester pertama, ada ibu hamil yang hilang selera makan namun biasanya sebaik memasuki trimester ke-2 dan ke-3, selera makan ibu semakin meningkat. Kadang kala ibu hamil terpengaruh dengan mitos ‘makan untuk dua orang’. Memang benar ibu hamil perlu menambah jumlah keperluan kalori yang meningkat tetapi bukan bermakna makan dalam kuantiti yang banyak.
**** hehehe ni kenyataan sekarang da trimester ke-2 selera makan makin menjadi2 dari 60kg da naik 73kg dlm masa 2minggu huhuhu pengsan nak turun nanti susah… asal bangun jek tengah malam mesti lapo, memang mintak nasi… tapi selera saya tidak ah pada ayam, tak boleh lalu ayam kat tekak ekeke mengada betul… kali ni lebih prefer daging and ikan.

*Malas ke tandas

Membuang air kecil dan besar ketika hamil memang sangat tidak selesa ketika kehamilan sudah di penghujungnya. Jika di awal kehamilan, ada bakal ibu yang berasa malas untuk mandi tetapi di akhir kehamilan, kekerapan untuk membuang air kecil selain keadaan fizikal yang semakin membesar membuatkan rasa malas tersebut semakin menjadi-jadi.
**** ke toilet tu memang betul ah… pnah sekali tu rasa macam nak tido dlm toilet je huhuhu…

Adakah anda juga merasa begitu?

Source Pa&Ma