Pinky Girl

Petang semalam gi tengok pakngah lagi kat PSH dalam kul 5pm baru gi coz tunggu Danish bangun tido dulu. Pakngah belum boleh keluar ward lagi setakat semalam check-up batang hidung senget cam kelako jek ayat mummy ni…. hehhehehe patutnya arini kuar tapi pagi tadi call belum bleh lagi ngah pakai oxygen mask tak tahu apa kes lak.
Actually nak citer pasal minah ni, nampak anak patung celah kelengkang dia tu hat tulah “BABY” kalau fokus dekat bloggers boleh nampak betapa hitamnya hidung “BABY” ni coz tiap2 ari di sepit ngan jari oleh ownernye. BABY ni at first mummy beli kat Mid Valley, pastu lama2 makin hitam dah tak leh nak basuh, ayah dah bising coz 24 hours stick ngan BABY dah tak leh berlepas, yang menjadi mangsa kena marah of coz ah mummy sebab mummy yang belikan and ajar untuk dijadikan busyuk. Pastu puas gak cari online, kirim ngan orang tolong carikan kat MV or mana2 ah kalau terjumpa huwaa takde mummy dah risau coz kesian dah hitam sesangat2 dah macam arang. Tapi nasib baik masa gi Singapore jumpa kat butik Cerisi,Jurong Point. Alhamdulillah dah ada 2 snang basuh 1, 1 lagi leh pakai, tapi tak sampai 1 hari hidungnya dah bertukar colour heheheh….
Sejak dah beso dah pandai cakap ni setiap kali nak kuar dia pilih sendiri apa yang dia nak pakai & kadang2 kalau mummy yang siapkan kalau dia berkenan tu ok ah dia pakai mana yang dia tak berkenan memang dia takkan pakai kalau dipaksa macam orang kena histeria ah jawabnye…. ish ngikut pangai sapa ah gaknya….

Suka buat tangan macam tu bertongkat dagu :-) budget cun ah tu………..

Suka ngangkang camtu tapi pandai lak tutup ngan BABY :-)

Till next episode…..

1 comment
  1. mmg comel pn mummy die jeles la tu..hehehe

Comments are closed.