Restoran Rawa Steamboat tidak memiliki Sijil halal

Sekadar untuk makluman… saya pun baru tau dari FB my SIL.. then terus bukak link JAJ & resultnya…

Aduan Awam Tentang Halal – Restoran Rawa Steamboat Taman Pelangi dan Taman Gaya Johor Bahru.

Soalan lazim yang sering diajukan kepada Jabatan Agama Johor adalah tentang status Halal bagi Restoran Rawa Steamboat. Untuk makluman semua umat Islam, Restoran tersebut tidak pernah memohon Halal Johor dan tidak memiliki Sijil halal sama ada daripada JAKIM atau Jabatan Agama Johor. Justeru itu semua umat Islam seharusnya peka dan mengambil serius tentang hal ini, iaitu perlu bijak memilih dan mengenalpasti Logo Halal yang sebenar serta Sijil Pengesahan yang diiktiraf.

Kami di bahagian Pengurusan Halal ini bersama KPDNKK telah beberapa kali membuat pemeriksaan bersama ke atas premis tersebut. Melalui pemeriksaan itu ramai pengunjung Islam mungkin tertipu dengan logo halal yang dipamerkan serta begitu yakin untuk menikmati hidangan yang disediakan di premis tersebut. Restoran tersebut mendapat Sijil Halal swasta (IFRC) yang tidak diiktiraf. Melalui pemerhatian semasa pemantauan dijalankan beberapa kesalahan telah dikenalpasti yang tidak menepati Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia seperti:-

1. Terdapat minuman keras di simpan di bahagian premis,( kesalahan melalui peruntukan Seksyen 3 Akta Perihal Dagangan (Perbahasaan Halal) 1975(iii) iaitu menyimpan atau bersentuhan produk tidak halal dengan apa-apa makanan yang halal.
2. Tiada tukang masak di bahagian dapur Islam warganegara Malaysia.
3. Penggunaan bahan mentah yang diperolehi daripada pembekal yang tidak mempunyai jelas status halalnya.contohnya:- pengambilan sumber daging ayam bukan daripada pengedar yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Oleh yang demikian, semua umat Islam, khasnya di Johor seharusnya bijak dalam memilih Restoran atau makanan yang mempunyai sijil Pengesahan Halal yang diiktiraf. Pihak pengurusan Halal ini juga merngucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua orang awam. Pihak JAJ akan terus memantau Restoran tersebut dan merangka pemeriksaan bersepadu bersama agensi kerajaan lain bagi menjaga kepentingan umat Islam di Johor. Untuk mendapat maklumat senarai pemegang Sijil Pengesahan Halal Johor, boleh melayari laman web JAJ (www.johordt.gov.my/jaj) dan klik pada Direktori Halal.

Jot’s :: Bulan ini adalah bulan mengikuti kelas2 untuk ibu mengandung hehehe ntah bila nak keluar citernya..lepas bersalin mungkin ;p

9 Replies to “Restoran Rawa Steamboat tidak memiliki Sijil halal”

  1. 高能聚焦量超聲波( HIFU )以物理性聚焦集中成一點, 快速穿透皮膚真皮及脂肪層面直達面部表淺肌肉腱膜系統( SMAS )層令其組織細胞分子高速磨擦 , 瞬間升溫至60 -70 度,令整個表淺肌肉腱膜系統( SMAS )受熱收縮,形成熱固化區域, 令結綈組織同時拉緊,達到拉皮防皺及美容效果。SMAZ聚焦超聲波提供了最有效的HIFU能量收緊皮膚及刺激胶原蛋白新生,提升彈性,恢復更緊緻的皮膚和更年輕的美貌。

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *