Babble DaSy
It's All About DaSy… #DaSyfamily

Saat-saat melahirkan…

Arini genap 24 ari bersamaan lagi 20 ari habis pantang
Syahmina pun berat dah 4.6kg petang Isnin nurse datang timbang
Bila diingat2 balik memang tak disangka awal melahirkan Syahmina w/pon sakit tu kerap datang

01042011
Pagi tu macam biasa anta Daneen terus keluar ke PSH
memang ada appointment pagi tu
mula2 memang tak ada plan nak melahirkan di PSH sebab kata Mr.hBy biar adil semua kat HSA
w/pon me ada bgtau serik sebab masa Daneen dulu macam something wrong masa jahit selepas melahirkan
tapi Mr.hBy selalu ejek pasal tu so malas nak cakap ape2 lagi..
then 1 hari tu Mr.hBY sms gtau set appointment kat PSH deliver kat ctu
hehehe pucuk dicita ulam mendatang ;p
tulah sebabnya kenapa I deliver kat PSH
ok, berbalik ke appointment ngan gynae pagi tu
sebelum ke PSH kitorang sarapan dulu kat Mc’D masa tu dah ada rasa sakit ckit2 tp me diam jek
bila dah smpi PSH terus ke klinik, bila smpi our turn makin berdebar2 sebab nak check VE
bila dah check gynae kata dah buka 1cm tapi bb jauh ke atas lagi
and gynae bg tempoh smpi 17/04 and set next appointment on 08/04/11
then me terus sms my Senior Exec. bgtau x jadi cuti ;p
bukan ah pekerja yg berdedikasi sgt pun tp sayang cuti buatnya cuti x beranak2 x ke rugi kena caras nanti

02042011
Xde gi mana pun cuma dok umah jek sakit tu memang ada dah hampir setengah bulan tapi datang dan pergi so me buat tak tau jek…

Pagi anta Danish kelas Taekwondo pastu gi sapan Chicken Chop kat Awana Cafe
Pastu gi anta Danish ke tutorial kat Smart Reader

03042011
Dari pagi rasa tak sedap hati sebab bb tak gerak2 cuma mengeras jek
antara faktor2 yang gynae bgtau klu bb kurang gerak terus gi labor room
then tengahari tu gitau Mr.hBy yg bb tak gerak dia cakap
“Biar betul, macam2 ah”
then me diam jek pastu cakap “Tengok ah sampai petang camne”
pastu tengahari gi umah MIL
petang ke Jusco BI makan kat Black Canyon
craving for Lamb Chop nom..nom..nom..nom…
sekali lagi Mr.hBy tanya “BB gerak tak?”
me jawab “Gerak sekali kat umah mak tadi, ni ngah mengeras jek”
w/pon sakit tahan jek ah….
Malam tu masa tengah melayan ABPBH ngan Mr.hBy tiba2 blackout
dah ah berpeluh kepanasan menahan sakit perut plak adalah seksa dari kul 10pm++ jejak ke 2.30am tak boleh tido
keluar masuk keluar masuk bilik jek kejenya
Mr.hBy ngan anak2 dah lama belayar tak sedar diri
bila dah ada karan semula baru boleh tido on a/cond tido smpi ke pagi tak nyedar

04042011
Danish nak ke sekolah tak sedar
Daneen nak ke sekolah bangun siapkan pastu baring sebab sakit perut
Then Mr.hBy tanya nak keje ke tak
me jawab “Tengok ah dulu camne”
sepatutnya pagi tu ada appointment kat KK Desa tp extended tengahari ckit sebab ngantuk ngan sakit perut sangat2
sms Mr.hBy gtau kul 11am gi KK then Mr.hBy terus amik Daneen
waduh punya ah lamakat KK, me dah berpeluh2 w/pon dok bawah kipas
perut sakit memulas2 yang amat kejap2 kang keras tak reti nak describe camne
pastu bila smpi my turn lebih kurg kul 12pm, masuk dalm bilik check-up JM check VE dah buka 1.5cm tapi kata dia jauh lagi
ape yg dmaksudkan jauh idak ler plak nak banyak tanya
bila nurse tanya ada sakit tak?
me jawab ada, setengah jam sekali
tapi 5 minit pastu JM tgk muka dah mencengit2 tahan sakit dia rasa perut, pastu cakap “Ni bukan setengah jam dah 5 minit sekali kontraksi, awak balik makan pastu terus gi hospital”
then saya yang bertindak mengikut arahan balik umah MIL anta Daneen pastu makan then tunggu Danish balik sekolah amik barang kat umah terus pergi, tanpa memberitahu my mom, MIL, SIL x seorang pun tahu wakaka
Sangkaan tak kena admitted ward, sampai kat LR terus wat CTG then midwife gtau contraction semakin kerap then check VE tapi baru buka 2cm, midwife called my gynae Dr.Laila then suh Mr.hBy reg. ward
adalah sejam dalam LR sementara tgg Mr.hBy buat registration semua tu
pastu bila dah masuk ward tanya Mr.hBy napa lmbt sgt, kata dia macam2 yg ditanya soalan yang tak boleh lupa
“Siapa bayar” kata org yg daftar tu
Mr.hBy jawab “Sendirilah, habis sapa nak bayarkan”
“Takdalah encik kadang2 ada company bayar” katanya sambil tersenyum malu
ceh kalau me yang turun sama confirm I jawab “Takkan ah nak bini nak beranak orang lain yang bayokan” ceh apa punya soalan ah gaknya
lebih kurang kul 9pm Mr.hBy balik tinggal ah sorang2 kat ward, then kul 10pm ke LR gynae nak check then gynae gtau kul 5am masuk LR siap untuk deliver huhuhu berdebar2
malam tu x boleh tido sebab dah kerap sakit, nak tunggu kul 5am tu macam lama sangat2 tanda masih lagi xde kuar

05042011
5am midwife datang bilik bgtau suh siap masuk LR mandi dulu ngan minum susu yang disediakan
masa mandi tu dah ada blood stain, huwaaa makin berdebar2 rasa dah ah Mr.hBy xde
masa dlm LR midwife shift malam tanya “Ada minum air selusuh”
me jawab “Ada, pagi tadi”
dia tanya lagi “Kat mana dalam ward ke tinggal”
me jawab “Eh, chop2 td U tanya air ape”
“Air selusuh, awak dengar ape?”
“Owhh saya dengar air susu” wakaka kelakar pun ada
then bila dah masuk LR dah kena injection ngan hidu gas yg mengkhyalkan tu Mr.hBy masih jugak x sampai tengok jam baru kul 9am mmg patut ah Mr.hBy belum smpi Daneen br anta ke sekolah
sms tanya katne, dia jawab “TOL PERLING” huwaaa punya ah lama rasa
contraction memang tak rasa sebab asik tido jek, Mr.hBy smpi pun me mamai2 x sedar
dia asik suh minum, midwife suh minum
then bila dah tiba masa gas tak boleh sedut lagi huhuhu sakit nak bersalin teramat sangat ditambah tak reti meneran
ditambah plak masa meneran tu kaki cramp dah huruhara Mr.hBy ngan midwife urut kaki yg cramp hahaha bila diigat semula kelakar pun ada hehehe
lepas tu me termuntah2 plak kuar air kosong yang disuapkan sebelum meneran
dalam ngah sakit tu kepala baby dah keluar boleh plak gynae tanya nak amik gambo ke tak bb nak keluar
nasib Mr.hBy xnak, dia pun tau gambo2 tu tak penting yang penting me perlukan sokongan dia untuk push bb kuar
setelah berhempaspulas meneran akhirnya bb selamat kuar
baru terasa camne sakitnya nak bersalin sebelum ni xde rasa sakit dan tak tau kontraksi tu camne huhuhu

NUR DAHIYAH SYAHMINA
DOB 05042011
weight 3.865kg

 

Social Widgets powered by AB-WebLog.com.