#SELFREMINDER – SOLAT

Benarkah 80% muslim di Malaysia tidak solat? Perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi meninggalkan tanda tanya tentang realiti sebenar muslim di negara kita.

SEBENARNYA

Tak tutup aurat? – SOLAT!
Jual dadah? – SOLAT!
Berzina? – SOLAT!
Minum arak? – SOLAT!
Masih melakukan dosa besar? – SOLAT!
Tak kira apa jua dosa yang sedang anda lakukan sekarang, jangan sekali tinggalkan solat.

Kerana apa?

Subhanallah. Semalam, selepas saya tulis status tentang #LGBT dan mencari solusinya, saya terbaca satu hadis. Saya kira ini juga adalah solusi penting untuk semua masalah manusia di samping solusi lain yang lebih spesifik.


Ibnu Mas’ud r.a mengatakan bahawa seorang lelaki mencium seorang wanita. Kemudian ia datang kepada Nabi SAW lalu ia memberitakannya.
Kemudian Allah azza wa jalla menurunkan ayat –

“Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingat Allah.” (QS. Hud: 114).

Lelaki itu berkata, “Wahai Rasulullah, apakah ini untuk saya?” Beliau bersabda, “UNTUK SELURUH UMATKU.”
(HR Bukhari, 294).
—-

Ayuh cuba konsistenkan diri dengan solat semampu mungkin.
Ayuh cuba untuk solat di awal waktu.
Ayuh cuba memahami bacaan-bacaan dalam solat.
Ayuh cuba tingkatkan kualiti solat.
Mudah-mudahan solat kita mampu menjadi benteng kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).

Hayya ‘alassolah
(Marilah menunaikan solat)
Hayya ‘alalfalah
(Marilah menuju kejayaan)

#solat
#SelfReminder
#WeAreAllSinners

One Reply to “#SELFREMINDER – SOLAT”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *