Slice Cheese Cake

semalam Mummy wat cheese cake
1st time wat menggunakan slice cheese
selalu wat guna Philadelphia cheese
rasanye lebih kurang cam kat Lavender “…….. Tofu”
klu tak silap ah namanya nnt Mummy update semula ye…
resepi lupe amik kat ne

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula (blh tmbh klu nak manis)
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara:-
  1. Potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. Kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. Di dalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Till next episode…

13 comments
  1. aie : ape kebendanya meringue? ape tu bain marie.. tlg tunjuk gambo sikit… aku ni dh le “PANDAI” betul buat2 kek ni :P

  2. nnt aku tjuk gambonye ye…

  3. bagus2..nk jugak blajo..
    maklum le skrg tgh semangat berkobar2…

  4. sedapnya…slurpsss..rajin sungguh la memasak mummy dasy ni…

  5. long ape kate ptg ni aku dtg umah ko..n ko angkt cheese cake nie..hehehe

  6. Haslinda –> rajin xde maknanye anak2 xde kat umah bleh ah buat klu diorg ada mmg xleh wat pape pun

  7. Hernee –> hehhee dah habis sori… semalam masa ngah berchit chat tu aku ngah masak tau2 daneen balik bgtau "Mummy kuih dah hangus"

  8. wah, bestnya. Teringin nak terai. Tp kv takdak oven lak. Huhu

  9. mgu ni gak nk buat!
    selama ni slu teringin nk buat tp malas nyer…
    tp tgk pix nih..aduh!
    terpaksa buat.hehe

  10. Kv –> xdak oven huhuhu xdpt nak tulun…klu dekat bleh me anta ckit hehehe

    mc'eja –> buat jgn tak buat

  11. sedapnyer….ntah bila siti nak bake cake lagi…la ni tgh sibuk cari org jaga mia tu..

  12. akak tak minat cheese cake..hehehe

  13. Siti –> Cari bbsitter dulu ble dah settle semua bile2 pun leh bake cake hehehe anak lbh ptg wah dah mcm penasihat plak…

    Ungku Nor –> Tak minat makan tgk gambo jek kak…:-)

Comments are closed.