Ayam Panggang Ala Kenny Roger’s

HI guys…
Menu lepas.. western sangat2 ala2 Kenny Roger’s gitu miahaha

RESEPI

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

1 ekor ayam – bersihkan dan tak payah potong kecik-kecik

Bahan – bahan untuk perap ayam:

3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam kasar
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr (I tak guna klu tak pun guna yang ‘no added MSG’)
2 sudu besar gula
2 sudu besar mixed herbs
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk blend bahan perap.
Sedikit butter.

Cara2nya : Campak semua dalam blender EXCEPT BUTTER… Lepas tu perap selama 30min atau lebih it’s all up to you. Dah perap sebelum bakar letak butter atas ayam.. Bakar 180’c 1jam30min…

Itu sahaja… simple jek…