Mengaji Teknik Al-Baghdadi

Apa itu mengaji teknik Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.


Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.


TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.

TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya; Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.

OWH OWH sebelum terlupa untuk mengetahui cara ini dengan lebih dekat tontonilah Tv ALHIJRAH (114) setiap SABTU jam 8.30am..

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SUMBER

Jot’s :: Banyak entry termendap dalam draft ngah beratur ikut turutan utk di publish atau terus mendap jek di draft wakaka

Cadbury

Actually tadi kebetulan jek gi AEON Bukit Indah
Masuk jek ruang legar ada “Cadbury world of happiness”

image

Pergi ngan Mr.hBy & Daneen jek sebabnya da terlanjur dia blikĀ  sekolah
Tujuan asal hanya ke Fabulousmom utk membeli valve, membrane swing yg da patah…

image

Beli rm10 boleh main 3 games tapi kami main spin 3 kali sbb nak cepat malas nak melayan Daneen…

Supermak

Miahaha tajuk xleh blah
Baru 2 ari Mr.hBy g kursus huru-hara nak nguruskan anak2
kalau selalu pagi2 boleh sempat dok melepak ngan swing utk fresh milk Syahmina
akan tetapi da 2 ari x sempat
nasib baik Danish senang di kejut


Syahmina plak, time ayah dia xde boleh plak dia tido berejam2 jejak kul 8.20am baru bangun
mandi2kan dia terus anta Daneen gi sekolah


Kat sekolah Daneen masa ni
rambut serabai cam org tak mandi

semalam Mummy coti
kononnya nak menyambung ke ari ini, sekali my boss tipon ah plak suh submit keje arini huh musnah harapan
balik ambik Daneen dari SR terus ke Mydin beli barang dapur
Syahmina as always tido jek manjang dalam keta smpi destinas baru terjaga


bergaduh ngan Daneen huhuhu
sekarang dia asik bergaduh jek ngan Daneen mentang2 dia kecik pastu Danish backing dia tu yang dia over huh!!!

Itu cerita semalam…
Cerita arini plak lagi huruhara

pagi sama jek cam semalam tapi semalam Mummy x keje
arini kena keje :(
tengahari amik Daneen terus anta balik umah
pastu gi keje semula x sempat nak tengok syahmina kat umah maklong pun huhuhu
busy mengalahkan perdana menteri wakaka

Jot’s :: beberapa jam jek lagi Mr.hBy pulang ke pangkal jalan :D