Sup Tulang Merah

Selalu makan beli jek sup tulang merah @ bone steak ni
tapi bile di cuba membuat sendiri menjadi ah plak
mula2 agak was-was gak boleh buat ke tak
tapi bile dah di cuba Alhamdulillah menjadi
Danish hantu sup tulang merah ni, dia ingat me wat guna tulang kambing
tapi tak mummy dia guna daging lembu miahaha
dia cbuk membebel napa xleh sedut isi
yarkksss Mummy pun x pnah makan isi kambing camtu.
Lain kali try wat guna kambing & add pewarna merah plak

Bahan-bahan
  • 1kg tulang kambing @ tulang lembu
  • 1 senduk cili kering/ cili boh
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm)
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sup bunjut tulang Adabi
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng

Cara-cara

  1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
  3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
  4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
  5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
  6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
Jot’s :: Germany vs Spain… siapa akan jumpa Netherlands di FINAL…

footer